Sabtu, 6 Oktober 2012

Rancangan Pengajaran Harian



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                      : Kemahiran Hidup.
Tarikh                                     : 5 November 2012.
Kelas                                      : 6 Bestari
Masa                                       : 8.30 pagi – 9.00 pagi.  ( 30 minit )
Bilangan pelajar                    : 20 / 20.
Tajuk                                      : Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah.

Kemahiran                             : Aras 1
Menyenggara dan baik pulih pam basikal dan bahagian basikal   seperti pedal, menampal tiub tayar  dan brek basikal serta mengetahui alatan tangan yang diperlukan dalam proses penyenggaraan.
Pengetahuan sedia ada        : Murid-murid mempunyai pengetahuan mengenai alatan tangan.

Hasil Pembelajaran               : Diakhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i)  Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih.
ii)  Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih.
Kemahiran Berfikir               :  Menyelesaikan masalah, membuat inferens, dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar        :  Power point, LCD , gambar basikal,  alatan tangan
Penerapan Nilai-Nilai Murni            :  Berhati-hati, kerjasama, perhatian, cermat, dan tekun.
Penyerapan Ilmu                   :  Teknologi Sains dalam membaik pulih mesin
Strategi dan Kaedah             : Kontekstual Soal jawab, dan Tunjuk cara.


Langkah Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
( 5 Minit )

Bercerita secara ringkas mengenai perkembangan basikal dari dulu hingga kini.
( EMK – kreativiti & inovasi )
Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid .

Mengaitkan perbincangan dengan keselamatan jalan raya.



Nyanyian lagu “Basikal Tua”.


·          Bertanya mengenai kenderaan yang terdapat di rumah murid-murid.
·         Kenderaan apa yang mereka boleh bawa.
·         Menceritakan serba sedikit tentang keselamatan dan undang-undang jalan raya.
·         Mempamerkan senikata lagu “Basikal Tua”.

·          Memberi maklum balas terhadap soalan guru.
·         Menyanyikan lagu basikal tua.


Senikata lagu.

Langkah 1
( 5 minit )


Membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.


·         Mempamerkan gambar basikal.

·         Melihat gambar basikal yang dipamerkan.

Gambar basikal
Kad imbasan
  

Langkah Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Mengetahui komponen yang terdapat pada basikal.

Mengetahui fungsi-fungsi setiap komponen basikal.

Pengabungjalinan matapelajaran Sains di dalam subjek Kemahiran Hidup.


·          Menamakan komponen-komponen basikal
·         Menyatakan fungsi-fungsi setiap komponen basikal.
·         Menerapkan kemahiran asas sains di dalam penerangan tentang fungsi komponen basikal seperti rantai dan gear.
·         Aktiviti melabel bahagian basikal.

·          Mendengar dan memberi respon terhadap penerangan guru.

·         Menampalkan kad nama  komponen basikal pada gambarajah yang dipamerkan.


    

Langkah Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Langkah 2
( 5 minit )

Aktiviti kumpulan

Bahagian yang perlu dibaik pulih

Kerosakan yang mungkin berlaku pada komponen basikal.
a)  pedal
b)  rantai
c)  brek
d)  tiub



·         Mengedarkan sampul berisi kad kerosakan basikal.
·         Meminta murid menyenaraikan kerosakan yang mungkin berlaku pada komponen basikal yang diberikan.
·         Meminta murid melaporkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.

·         Membuka sampul dan berbincang di dalam kumpulan tentang kerosakan yang mungkin berlaku.
·         Melaporkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

Sampul surat

Kad komponen basikal.
  
  
Langkah Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Langkah 3
( 10 minit )

Alatan tangan dan bahan untuk kerja baik pulih

Mengenalpasti alatan yang sesuai digunakan untuk membaik pulih basikal

Penggunaan alatan tangan yang betul

Langkah-langkah keselamatan penggunaan alatan tangan

Latihan pengukuhan.

·         Memaparkan paparan slaid alatan tangan dan fungsinya.
·          Memberi penerangan tentang alatan tangan yang sesuai digunakan.
·         Menerangkan fungsi alatan dan bahan yang dipaparkan.
·         Menerapkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alatan.


·         Melihat dan memberi perhatian pada  paparan slaid yang disediakan.
·         Memberi respon terhadap penerangan guru.
·         Menyelesaikan latihan yang diberi.

Slaid powerpoint

Lembaran kerja

Alatan tangan;
Tukul bonggol
Playar gabung
Sepana boleh laras
Sepana gabung
Pengumpul tayar

   
Langkah Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Alatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Penutup
( 5 minit )

Rumusan

Komponen basikal

Bahagian yang perlu dibaiki dan alatan yang digunakan.

·         Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini kepada murid-murid.

·         Murid membuat refleksi tentang pelajaran pada hari ini.

Lembaran kerja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan