Sejarah Awal Basikal
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19 (Wikipedia). Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, basikal bermaksud kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan mengayuh pedalnya. Basikal terawal merupakan skuter kayu menyerupai sebuah mesin mudah dipanggil “celerifere”. Ianya dicipta oleh Camte Mede de Sivac dari Perancis sekitar tahun 1790.
Pada 1817, Baron Karl von Daris de Sauerburn, dari Jerman telah mencipta sebuah model yang dilengkapi batang stereng yang disambungkan di hadapan roda. Ia dikenali sebagai “Draisienne”. Ia mempunyai dua buah roda ( sama saiz ), tetapi tidak berpengayuh. Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal ke hadapan dengan menggunakan kaki ( seakan-akan skuter.) Dia telah mempamerkan basikalnya di Paris pada 6 April 1818.
Pada 1817, Baron Karl von Daris de Sauerburn, dari Jerman telah mencipta sebuah model yang dilengkapi batang stereng yang disambungkan di hadapan roda. Ia dikenali sebagai “Draisienne”. Ia mempunyai dua buah roda ( sama saiz ), tetapi tidak berpengayuh. Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal ke hadapan dengan menggunakan kaki ( seakan-akan skuter.) Dia telah mempamerkan basikalnya di Paris pada 6 April 1818.
Kirkpatrick Mac Millan ( 1812 – 1878 ) seorang tukang besi dari Dumfriesshire, Scotland telah mencipta basikal pertama dengan pengayuh kaki sekitar tahun 1830 – 1840. Sistem basikal ini menggunakan batang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang. Basikal ini berat dan hanya mereka yang gagah sahaja mampu menunggangnya. Namun begitu beliau tidak pernah mempatenkan hak ciptanya dan ideanya tidak mendapat sambutan.
Pada tahun 1870, James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunyai roda hadapan yang besar dan roda belakang lebih kecil. Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh denga setiap kayuhan. Penunggang perlu mempunyai skil da latihan yang tinggi kerana basikal ini sukar untuk ditunggang.
Pada tahun 1884 H.J Larson memperkenalkan basikal yang bergerak menggunakan rantai. Ia dinamakan ‘Safety”. Basikal diberi lebih inovasi oleh John Kemp Starley dengan hasil rekaannya yang diberi nama ‘Rover Safety’. Basikal ini mempunyai kerusi yang selesa bagi penunggangnya dan pemegang basikal ini dipasang dengan ‘grip’. Basikal ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih dari sebelumnya.
Pada peringkat awal, tayar diperbuat daripada kayu, kemudian tayar berlogam dan akhirnya tayar bergetah. John Boyd Dunlop (1888) telah mencipta tayar pneumatic di mana tayar ini boleh diisi udara dan memberi tungganggan yang selesa kepada penunggang basikal. Satu rangkaian gegancu telah ditambah kepada basikal pada tahun 1880an. Ianya dipanggil “basikal keselamatan”. Manakala sistem pelincir getah telah ditambah pada tahun 1970an.
Pada masa kini basikal bermotor telah diperkenalkan. Basikal ini telahpun digunakan secara meluas selepas basikal yang mempunyai gear kelajuan. Ini bermakna basikal masa kini mempunyai dwi fungsi, ia boleh dikayuh ataupun menggunakan enjin. Di bawah ini terdapat beberapa gambar basikal yang menunjukkan perubahan mengikut tahun.
Meyenggara
Dan Membaik Pulih
Semua peralatan dan
mesin mudah yang telah digunakan perlu disenggara atau dibaik pulih. Penyenggaraan ialah aktiviti yang dijalankan
untuk memastikan alatan atau mesin mudah berada dalam keadaan baik dan selamat. Manakala membaik pulih pula adalah aktiviti
membaiki alatan atau mesin mudah yang menglami kerosakan yang menyebabkannya
gagal berfungsi dengan sempurna. Sebelum kita menyenggara dan membaiki kita kenali dulu bahagian-bahagian basikal dan fungsinya.
Fungsi
Komponen Basikal
Komponen / Bahagian
|
Fungsi
|
Hendal
|
Mengawal
pergerakan basikal ke kiri dank e kanan
|
Brek
|
Memperlahankan
atau memberhentikan putaran roda
|
Pelana
|
Tempat
untuk ketika menunggang basikal
|
Jari-jari
|
Mengimbang
dan mengukuhkan rim
|
Tiub
|
Menampung
udara yang dipamkan
|
Rim
|
Bingkai
besi tempat memasang tayar
|
Pedal
|
Alat
pemijak untuk mengayuh basikal
|
Rantai
|
Menghubungkan
gegancu dipacu dengan gegancu dipacu
|
Engkol
|
Menggerakkan
gegancu pemacu
|